Wednesday, December 3, 2008

sepi

Wednesday, December 3, 2008
sepi ku sendirian.. tanpa blog ku di sisi. muahahahaha, ayat tak menahan jiwangnye. blueeeerkkkk..muntah darah kalau diteruskan.

udah berape lame ha theorangelily ni sepi? udah tak terkire banyak hari. mohla kite mengeluarkan surat tunjuk sebab.



alamat terpaksa dirahsiakan,
ukm,
43600 bangi,

pengunjung theorangelily,
seluruh dunia <<---bajet mcm ader je yg nak bace. :P

Tuan,

Kelewatan menghapdet blog

Merujuk kepada perkara di atas, saya yg bergelar aan selaku pemilik blog ini ingin menyatakan alasan saya tidak mengupdate blog ini selama 4 hari bermula 29 nov sehingga 2 dis 2008.

Sebab utama ialah saya pulang ke kampung selama tempoh berkenaan dan malangnya saya tidak membawa laptop bersama saya <<----alasan baekkkkk punya!!!!

Sebab seterusnya adalah saya telah pergi berjalan sehingga ke sekinchan *apa, mengapa, di mana dan kenapa semuanya tidak dapat dinyatakan sekarang kerana entry seterusnya akan menyusul kemudian.... peace!!!*. Oleh kerana saya kepenatan, maka saya hanya mampu membuat ta*k mate saje tanpa sempat mengupdate blog ini.

Oleh yang demikian, saya amat berharap agar pihat tuan dapat menerima alasan-alasan di atas tanpa memboikot saye lagik. saya berjanji saya akan berjalan2 ke blog tuan2 dan puan2 untuk meninggalkan jejak nanti. sekian, terima kasih.

yang benar,
norfarhan a.k.a aan comel :P

p/s : surat ini merupakan surat elektronik dan tidak memerlukan sebarang tandatangan. kpd cikgu2 bm, toksahla korg nak tgk struktur bahasa kat atas ni..kompom fail

7 comments:

Anonymous said...

tuan punya blog.

alasan cik/puan tak dpt diterima. sila buat surat rayuan sebelum pihak pengurusan membuat keputusan melarang anda aktif dlm politik selama 3 thn.

yg benar

ceo kompeni.

:)

theorangelily said...

misstheorangelily to cikgu jawe :
ceo plastik ,

akan dipertimbangkan atau saye akan resign

p/s: gile kerekkkkkkkk

DRshairah said...

sejak bile kah dia (org yg mngaku sbg ceo kompeni) tu dilantik sbg ceo? setakat ini, SAYA tidak pernah meletakkan jwtn sbg ceo.. huhu

komen ceo kepada cik/puan orangelily--> teruskan usaha menghapdet blog. anda bakal ditabalkan sbg pekerja mithali utk kenaikan gaji ujung thn ini..
huhu..

yg benar,
ceo kompeni sebenar yg bertimbang rasa.. muahaha

fazid said...

hahahahhaha... gelak guling2

theorangelily said...

misstheorangelily to me, myself, cici and titi : guling2 elok2 yehhh..kang cedera

misstheorangelily to DRshairah : hahaha..ader penggulingan kuasa nampaknye

terime kasih kerana memberi sokongan kpd saye ye puan dr. hehe

Anonymous said...

drshairah,

makcik dh lama. :) kompeni perlukan tenaga muda utk wawasan baru.. :p

ok lah aku resign. rupanya kompeni nih persatuan wanita kg sepakat.. kikikikiki

Nis Manis said...

kelessss siap ceo gaduh2 demi kerna surat ko ni aan..

wakakakak!

lenkali jgn coti blogging lama sgt taw.. kang ceo meroyan lagi.

ops!

;p