Tuesday, December 8, 2009

untukmu natrah

Tuesday, December 8, 2009
kasihmu tumpah di negeri orang
sayangmu jatuh pada dia yang bukan melahirkanmu
cintamu mekar pada yang bukan sebangsa denganmu
tapi semua itu lahir dari hatimu nan tulus
ah, mengapa mereka tidak mengerti hati kecilmu natrah?
kerana ego mereka menutup mata kemanusiaan mereka natrah

hanya Allah yang tahu segala apa yang kau rasakan
dan hanya Dia yang mengetahui
hikmahnya di sebalik perjalanan hidupmu itu
perjalanan yang pastinya penuh dengan sesalan
dan aku tahu kau tidak ikhlas menerima kehidupan itu
kerna kami tahu hatimu tetap di sini natrah!!
di sini bersama kami

kini kau telah pergi natrah
pergi membawa hatimu yang telah luka
atau sudah berderai berkaca-kaca hatimu barangkali
sayangnya kau memilih untuk tidak tetap bersamaNya
mungkin kau sudah putus harapan natrah
lalu kau memutuskan tali pergantunganmu
biar apapun natrah, kau tetap di hatiku
dan kisah cinta kau adalah kisah cinta agung di hatiku

3 comments:

alien said...

itu die~

attyfir said...

salam ziarah ..

Amiha Ayu said...

natraaahh!!! esok baru akak nk g tengok. hhuhuhu