Sunday, August 31, 2008

Kemerdekaan Malaysia

Sunday, August 31, 2008
selamat menyambut hari kemerdekaan negara yg ke-51. semoga kemerdekaan ini bukan sahaja bermain di bibir, ttpi turut memberi kesan yg mendalam kepada jiwa kita sbg anak merdeka.

merdeka? setiap antara kita pasti mempunyai maksud tersendiri, begitu juga dgn diri ku ini. yg pasti...merdeka kan jiwa dan raga dr segala yg tak sepatutnya membelenggu diri kita. buat yg terbaik utk yg terbaik!!!!

igtlah pesanan hasan al-banna : "sekiranya kamu ingin melihat kejayaan sesebuah negara di masa akan datang, lihat lah pd pemuda dan pemudi nya di masa sekarang "

hokey... itu pesanan ringkas shj. hiks... aan bukan jenis yg nak menyambut pi berarak bagai la. bukan terzahir dr sambutan, mungkin. yg pasti..berbangga jd anak Malaysia.

meh kite jenguk2 sket tema n logo merdeka tuk tahun ni.

Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan. Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Jika sudah ada tema dan logo, tentu tidak lengkap jika tiada lagu khas untuknya. Berikut adalah lagu tema hari kemerdekaan ke 51 yang dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Lokgha;

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan



0 comments: