Wednesday, February 11, 2009

cik kok

Wednesday, February 11, 2009
ha...moh kite sembang2 pasal cik kok atau name sebenarnye rokok. hehehe..yg takmo bace sudah. yg nak bace sile teruskan pembacaan anda. peringatan di sini..saya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa yek... mane yg baik kite amik, yg x elok kite buang lam sungai hikhik

takmoh la kot sebut pasal content lam sebatang rokok (just cukup bgtahu lebih 4700 bahan kimia tersedot masuk lam alveolus). bulih google je ye tuan2 dan puan2. sebenarnye hari ni terpanggil utk membicarakan kisah rokok sebab semalam masa boring2 tggu turn kat tabung haji, ttbe terdetik di hati nak capai majalah i-sihat *cewahhhh..terdetik kooo*. pehtuh ader la pulek kisah pasal rokok. ni aan olah sikit cerite yg lebih kurang gini

seorg wanita mengaku tlh merokok sejak usianya 15 tahun. kemudian beliau melanjutkan pelajaran di luar negara, kemudian berkahwin. pada ketika usia beliau baru je 40 tahun, beliau mengalami masalah kesihatan. kadang2 periodnye cepat, kadang2 lambat. kadang2 banyak, kadang2 sikit, dan sakit pula. hinggalah beliau ketemu sama pak dokter.... doktor mengesahkan bahawa itu adalah antara tanda2 awal menopaus *betulke ejaan ni??*. ye tuan2 dan puan2 sekalian...menopos di usia baru je 40 tahun. dan sebab ape?? tidak lain dan tidak bukan, salah 1 punca utama adalah kerana cik kok. nak menyesal? aisay..udah agak lambat dong!!
now kite lihat pula fakta2 ini :

  • dlm mase 8 jam slps berhenti merokok, denyutan nadi dan tekanan darah turun, paras oksigen naik
  • dlm tempoh 24 jam slps berhenti, risiko serangan jantung menurun
  • slps sebulan, peredaran darah bertambah baik, tenaga bertambah *aha....ting ting*, dan fungsi paru2 meningkat 30%
  • slps setahun, risiko mendapat penyakit jantung turun 50%
  • slps 5 thn, risiko strok semakin menjunam!!
  • slps 10 thn, kemungkinan utk dpt kanser paru2 adalah same seperti mereka yg tidak merokok!!

wawahhh, mcm syiok aje kan? so, pilih2 selambak yg mane anda ndak. ndak berenti 8 jam, 24 jam, setahun, or selama2nye.

cukup dulu setakat ni.... lenkali kite sambung. maybe kite bicara pasal tips2 cemane nak benti *ceh aan..ko x merokok bulih la ko nak suh org stop!! kekeke*

sekadar hiasan di bawah :


ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM
1989

FATWA TENTANG MEROKOK

En. 2 / 1989
PADA menjalankan kuasa - kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundagan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.



(1)
Merokok adalah haram


(2)
Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa -apa jenis rokok.


(3)
Bagi maksud fatwa ini , " rokok " ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

Dibuat pada 25hb Oktober 1995


[JAI.Sel 8014/7 Jilid IV; P.U.sel AGM/0007.]

lain : pulau pinang

i. merokok adalah haram
ii. bagi maksud fatwa ini "rokok" ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainya. Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancamannya seperti berikut:

- melahirkan sikap serta tabiat yang buruk
- mendatangkan kemudaratan dari sudut kesihatan
- pembaziran yang amat ditegah oleh agama

iii. Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok.

Tarikh Pewartaan : 18 November 2004

sekian, terima kaseeeeyyyyyy <<-- ala2 alleycats

3 comments:

atty's said...

SALAM AA N..ALONG PUN ISAP ROKOK..
KTY TAK SUKA.TP NAK BUAT CAMNER..
TAK SUKA TAU ..BAU ROKOK..

KTY DUK BANGI ..AA N..
ARI TU KITA ADE JUMPA MASA PORTLUCK SAMA RED

ditmercury said...

wah!!

2 hari x jengok.. haa... amik ko.. selambak entries...

tau la ader azam baru.. kn? ahahha smgt seh!!!

Chekgu BaniHassim said...

huhu...
ko bg dalil sebuku pun, si perokok ni maunye dorg berenti??
hampeh!

dorg ni, dah terantuk baru nk terngadah...